Halaman

Minggu, 06 Januari 2013

Kebudayaan Brazil


Brazil berasal dari bahasa Portugis yaitu Brasil,dengan nama resmi Republik Federatif Brazil ialah negara terbesar di Amerika Selatan, dan juga negara kelima terbesar di dunia, dari segi keluasan geografi dan jumlah keluasan dengan lebih 190 juta orang penduduk.
Disepadani oleh Lautan Atlantik di timur, Brazil mempunyai garis tepi laut sepanjang lebih 7,491 kilometer. Brazil bersepadan dengan Venezuela, Guyana, Suriname Guiana Perancis (sebuah wilayah tanggungan Perancis) di utara; Colombia di barat laut; Bolivia dan Peru di barat; Argentina dan Paraguay di barat daya, dan Uruguay di selatan. Wilayah Brazil juga dilengkapi dengan beberapa gugus kepulauan, seperti Fernando de Noronha, Atol Rocas, Batuan Saint Peter dan Paul, dan Trindade dan Martim Vaz. Brazil bersepadan dengan hampir semua negara Amerika Selatan kecuali Ecuador dan Chile.
Ekonomi Brazil ialah ekonomi kedelapan terbesar dari segi KDNK dan ketujuh terbesar dari segi pariti kuasa beli. Brazil merupakan salah sebuah ekonomi utama dunia yang paling pesat membangun. Brazil merupakan salah sebuah negara pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, G-20, CPLP, Kesatuan Latin, Pertubuhan Negara Ibero-Amerika, Mercosul dan Kesatuan Negara Amerika Selatan, dan juga salah sebuah negara BRIC

Asal-usul nama
Mengikut tradisi, nama “Brazil" berasal dari kayu brazil, sejenis pokok balak yang diperdagangkan oleh para pelaut dari kawasan Brazil ke Eropah pada abad ke-16. Dalam bahasa Portugis, kayu brazil dipanggil pau-brasil, yang mana perkataan brasil yang bermaksud "merah seperti bara", berasal dari bahasa Latin yaitu brasa ("bara") dan akhiran -il (dari -iculum atau -ilium). Teori ini diajar sebagai asal-usul resmi di sekolah-sekolah Brazil dan Portugal, tetapi ada yang berpendapat bahawa nama Brazil lebih tua daripada itu, dan mungkin berasal dari bangsa Celt. Mereka memperdagangkan bahan pewarna merah yang diekstrak dari mineral dari lombong-lombong Iberia ke Ireland.

Agama
Agama yang terbesar sekali di Brazil ialah Katolik Rom, apatah lagi Brazil mempunyai jumlah penduduk Katolik yang teramai di dunia. Menurut Bancian Demografi 2000 (kajian PNAD tidak bertanyakan agama), 73.57% penduduk menganut agama Katolik Rom; 15.41% Protestan; 1.33% spiritisme Kardec; 1.22% mazhab Kristian yang lain; 0.31% agama Afro-Brazil; 0.13% Buddha; 0.05% Yahudi; 0.02% Islam; 0.01% agama Amerindian; 0.59% lain-lain, tidak dinyatakan atau tidak dipastikan; manakala 7.35% yang selebihnya tidak menganuti sembarang agama.

Bahasa


Museum Bahasa Portugis di São Paulo, museum bahasa pertama di dunia.
Bahasa resmi Brazil ialah bahasa Portugis yang dituturkan oleh hampir seluruh penduduk dan hampir-hampir menjadi satu-satunya bahasa yang digunakan dalam akbar, radio, televisi, dan tujuan perniagaan. Ada satu pengecualian di kawasan perbandaran São Gabriel da Cachoeira yang mana bahasa pribumi Nheengatu diberi status resmi bersama bahasa Portugis. Brazil merupakan satu-satunya negara berbahasa Portugis di benua Amerika, maka bahasa ini menjadi lambang identitas kebangsaan yang penting buat Brazil yang memberikan budaya negara yang berbeda daripada negara-negara jiran yang berbahasa Spanyol.
Perkembangan bahasa Portugis di Brazil dipengaruhi oleh bahasa-bahasa pribumi dan Afrika. Hasilnya, bahasa Portugis di Brazil agak berbeda dengan bahasa di Portugal dan negara-negara berbahasa Portugis yang lain, dari segi fonologi. Perbedaan ini boleh dibandingkan dengan perbedaan bahasa Inggris antara Amerika dan British.
Selain bahasa Portugis, tidak kurang juga bahasa minoriti yang dituturkan oleh warga Brazil. 180 bahasa Amerindian dituturkan di kawasan terpencil, manakala ada beberapa lagi bahasa yang digunakan oleh golongan pendatang dan para pewarisnya. Terdapat komuniti penutur bahasa Jerman (terutamanya Hunsrückisch, sebuah loghat Jerman Tinggi) dan Itali (terutamanya loghat Talian yang berasal dari bahasa Venice) yang ramai di selatan negara, tetapi kedua-duanya dipengaruhi oleh bahasa Portugis. Brazil ialah negara pertama di Amerika Selatan yang menawarkan pelajaran Esperanto kepada pelajar sekolah tinggi. 

Budaya
Kebudayaan teras Brazil berasal dari budaya Portugis karena pertalian yang kukuh dengan empayar Portugis. Antara pengaruh yang dibawakan oleh Portugis termasuk bahasa Portugis, agama Katolik Rom dan gaya seni bina kolonial. Selain itu, budaya Portugis juga kuat dipengaruhi oleh budaya dan tradisi Afrika, pribumi dan Eropa. setengah aspek kebudayaan Brazil yang dipengaruhi oleh sumbangan pendatang Itali, Jerman dan bangsa-bangsa Eropah lain yang tiba beramai-ramai di kawasan Selatan dan Tenggara Brazil. Orang asli mempengaruhi bahasa dan masakan; begitu juga dengan orang Afrika yang turut mempengaruhi musik, tarian dan agama. 

Kesenian dan kesusasteraan
Persada kesenian di Brazil berkembang sejak abad ke-16, menjadi berbagai-bagai gaya, baik barok (gaya yang dominan di Brazil hingga awal abad ke-19) maupun Romantisisme, Modenisme, Ekspresionisme, Kubisme, Surealisme dan Abstraksionisme.
Kesusasteraan Brazil bermula pada abad ke-16, dengan catatan para penjelajah Portugis pertama diBrazil, misalnya Pêro Vaz de Caminha, yang berisi pemerian fauna, flora dan orang asli yang mengagumkan orang Eropah yang tiba di Brazil. Templat : Citation broken Brazil melahirkan karya-karya terkemuka dalam genre Romantisisme — para novelis seperti Joaquim Manuel de Macedo dan José de Alencar mengarang cerita cinta dan keperitan. Sepanjang kerjayanya yang lama, Alencar turut mengangkat martabat orang asli sebagai perwira dalam novel-novel O Guarany, Iracema, Ubirajara.



Machado de Assis, pemuisi dan novelis yang karyanya meliputi hampir semua genre sastra, disanjungi sebagai sastrawan Brazil yang teragung. 

Hiburan
Muzik Brazil meliputi pelbagai gaya setempat yang dipengaruhi oleh muzik Afrika, Eropa dan Pribumi. Ia berkembang menjadi beraneka jenis, antaranya samba, música popular Brasileira, choro, sertanejo, brega, forró, frevo, maracatu, bossa nova, rock, and axé.

Masakan




Feijoada, hidangan yang dibuat dengan kacang hitam, daging babi, nasi, kai lan, tepung ubi kayu dan oren
Masakan Brazil banyak berbeda-beda mengikut setempat sebagai cerminan kepelbagaian budaya negara, sehingga membentuk masakan kebangsaan yang memelihara perbedaan antara rantau. Antara hidangan-hidangan yang menjadi contoh terbaik ialah Feijoada, yakni hidangan kebangsaan Brazil dan makanan-makanan setempat seperti vatapá, moqueca, polenta dan acarajé.
Brazil terkenal dengan pelbagai jenis manisan, seperti brigadeiro (bebola coklat), cocada (gula-gula kelapa) dan beijinhos (kuih kelapa berisi jem jambu batu goiabada). Kacang tanah digunakan untuk membuat paçoca, rapadura dan pé-de-moleque. Buah-buahan tempatan seperti açaí, cupuaçu, mangga, betik, koko, gajus, jambu batu, orange, markisa dijadikan jus ataupun digunakan untuk membuat coklat dan icecream.
Sumber : wikipedia