Brazil berasal dari bahasa Portugis yaitu Brasil,dengan nama resmi Republik
Federatif Brazil ialah negara terbesar di Amerika Selatan, dan juga negara kelima terbesar di dunia, dari segi keluasan geografi dan jumlah keluasan dengan lebih 190 juta orang penduduk.
Disepadani oleh Lautan Atlantik di timur, Brazil mempunyai garis tepi laut sepanjang
lebih 7,491 kilometer. Brazil bersepadan dengan Venezuela, Guyana, Suriname Guiana Perancis (sebuah wilayah tanggungan Perancis) di utara; Colombia di barat laut; Bolivia dan Peru di barat; Argentina dan Paraguay di barat daya, dan Uruguay di selatan. Wilayah Brazil juga dilengkapi dengan
beberapa gugus kepulauan, seperti Fernando de Noronha, Atol Rocas, Batuan Saint Peter dan Paul, dan Trindade dan Martim Vaz. Brazil bersepadan dengan hampir semua negara Amerika
Selatan kecuali Ecuador dan Chile.
Ekonomi Brazil ialah ekonomi kedelapan terbesar dari segi KDNK dan ketujuh terbesar dari segi pariti kuasa beli. Brazil merupakan salah sebuah ekonomi utama dunia
yang paling pesat membangun. Brazil merupakan salah sebuah negara pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, G-20, CPLP, Kesatuan Latin, Pertubuhan Negara Ibero-Amerika, Mercosul dan Kesatuan Negara Amerika Selatan, dan juga salah sebuah negara BRIC.
Asal-usul nama
Mengikut tradisi, nama “Brazil" berasal dari kayu brazil, sejenis pokok
balak yang diperdagangkan oleh para pelaut dari kawasan Brazil ke Eropah pada abad ke-16. Dalam bahasa Portugis, kayu brazil
dipanggil pau-brasil, yang mana perkataan brasil yang bermaksud
"merah seperti bara", berasal dari bahasa Latin yaitu brasa ("bara") dan akhiran -il
(dari -iculum atau -ilium). Teori ini diajar sebagai asal-usul resmi
di sekolah-sekolah Brazil dan Portugal, tetapi ada yang berpendapat bahawa nama Brazil lebih
tua daripada itu, dan mungkin berasal dari bangsa Celt. Mereka memperdagangkan bahan pewarna merah yang
diekstrak dari mineral dari lombong-lombong Iberia ke Ireland.
Agama
Agama yang terbesar sekali di Brazil ialah Katolik Rom, apatah lagi
Brazil mempunyai jumlah penduduk Katolik yang teramai di dunia. Menurut Bancian
Demografi 2000 (kajian PNAD tidak bertanyakan agama), 73.57% penduduk menganut
agama Katolik Rom; 15.41% Protestan; 1.33% spiritisme Kardec; 1.22% mazhab Kristian yang lain; 0.31% agama Afro-Brazil; 0.13% Buddha; 0.05% Yahudi; 0.02% Islam; 0.01% agama Amerindian; 0.59% lain-lain, tidak
dinyatakan atau tidak dipastikan; manakala 7.35% yang selebihnya tidak
menganuti sembarang agama.
Bahasa
Bahasa resmi Brazil ialah bahasa Portugis yang dituturkan oleh hampir
seluruh penduduk dan hampir-hampir menjadi satu-satunya bahasa yang digunakan
dalam akbar, radio, televisi, dan tujuan perniagaan. Ada satu pengecualian di
kawasan perbandaran São Gabriel da Cachoeira yang mana bahasa pribumi Nheengatu diberi status
resmi bersama bahasa Portugis. Brazil merupakan satu-satunya negara berbahasa
Portugis di benua Amerika, maka bahasa
ini menjadi lambang identitas kebangsaan yang penting buat Brazil yang memberikan
budaya negara yang berbeda daripada negara-negara jiran yang berbahasa Spanyol.
Perkembangan bahasa Portugis di Brazil dipengaruhi oleh bahasa-bahasa pribumi dan Afrika. Hasilnya, bahasa Portugis di Brazil agak berbeda dengan bahasa di Portugal dan negara-negara berbahasa Portugis yang lain, dari
segi fonologi. Perbedaan ini boleh dibandingkan dengan perbedaan bahasa Inggris
antara Amerika dan British.
Selain bahasa Portugis, tidak kurang juga bahasa minoriti yang dituturkan
oleh warga Brazil. 180 bahasa Amerindian dituturkan di kawasan terpencil, manakala ada
beberapa lagi bahasa yang digunakan oleh golongan pendatang dan para
pewarisnya. Terdapat komuniti penutur bahasa Jerman (terutamanya Hunsrückisch, sebuah loghat
Jerman Tinggi) dan Itali (terutamanya loghat Talian yang berasal
dari bahasa Venice) yang ramai di
selatan negara, tetapi kedua-duanya dipengaruhi oleh bahasa Portugis. Brazil
ialah negara pertama di Amerika Selatan yang menawarkan pelajaran Esperanto kepada pelajar sekolah tinggi.
Budaya
Kebudayaan teras Brazil berasal dari budaya Portugis karena pertalian yang kukuh dengan empayar Portugis. Antara pengaruh yang dibawakan oleh Portugis
termasuk bahasa Portugis, agama Katolik Rom dan gaya seni bina kolonial. Selain itu, budaya Portugis juga kuat dipengaruhi oleh budaya dan tradisi
Afrika, pribumi dan Eropa. setengah aspek kebudayaan Brazil yang dipengaruhi oleh
sumbangan pendatang Itali, Jerman dan bangsa-bangsa Eropah lain yang tiba beramai-ramai di kawasan Selatan
dan Tenggara Brazil. Orang asli mempengaruhi bahasa dan masakan; begitu juga
dengan orang Afrika yang turut
mempengaruhi musik, tarian dan
agama.
Kesenian dan
kesusasteraan
Persada kesenian di Brazil berkembang sejak abad ke-16, menjadi berbagai-bagai gaya, baik barok (gaya yang
dominan di Brazil hingga awal abad ke-19) maupun Romantisisme, Modenisme, Ekspresionisme, Kubisme, Surealisme dan Abstraksionisme.
Kesusasteraan Brazil bermula pada abad ke-16, dengan catatan para
penjelajah Portugis pertama diBrazil, misalnya Pêro Vaz de Caminha, yang berisi pemerian fauna, flora dan orang asli yang mengagumkan orang Eropah yang tiba di Brazil. Templat : Citation broken Brazil melahirkan karya-karya terkemuka dalam genre Romantisisme — para novelis
seperti Joaquim Manuel de Macedo dan José de Alencar mengarang cerita cinta dan keperitan. Sepanjang kerjayanya yang lama,
Alencar turut mengangkat martabat orang asli sebagai perwira dalam novel-novel O Guarany, Iracema, Ubirajara.
Machado de Assis, pemuisi dan novelis yang karyanya meliputi hampir
semua genre sastra, disanjungi
sebagai sastrawan Brazil yang teragung.
Hiburan
Muzik Brazil meliputi
pelbagai gaya setempat yang dipengaruhi oleh muzik Afrika, Eropa dan Pribumi.
Ia berkembang menjadi beraneka jenis, antaranya samba, música popular Brasileira, choro, sertanejo, brega, forró, frevo, maracatu, bossa nova, rock, and axé.
Feijoada, hidangan yang
dibuat dengan kacang hitam, daging babi, nasi, kai lan, tepung ubi kayu dan
oren
Masakan Brazil banyak berbeda-beda mengikut setempat sebagai cerminan
kepelbagaian budaya negara, sehingga membentuk masakan kebangsaan yang
memelihara perbedaan antara rantau. Antara hidangan-hidangan yang menjadi
contoh terbaik ialah Feijoada, yakni
hidangan kebangsaan Brazil dan makanan-makanan setempat seperti vatapá, moqueca, polenta dan acarajé.
Brazil terkenal dengan pelbagai jenis manisan, seperti brigadeiro (bebola
coklat), cocada (gula-gula
kelapa) dan beijinhos (kuih kelapa
berisi jem jambu batu goiabada). Kacang tanah
digunakan untuk membuat paçoca, rapadura dan pé-de-moleque. Buah-buahan
tempatan seperti açaí, cupuaçu, mangga, betik, koko, gajus, jambu batu, orange, markisa dijadikan jus ataupun digunakan untuk membuat coklat dan icecream.
Sumber :
wikipedia
Tidak ada komentar:
Posting Komentar